cerpen
•Cerpen- Cerita pendek, cerita rekaan @ cerita dalam bentuk prosa yang relatif pendek.
•Cerita rekaan adalah gabungan daripada realiti dan imaginasi.
•Cereka yang disampaikan bukanlah seluruhnya fakta, sebaliknya adunan antara fakta dengan imaginasi yang wujud dalam benak atau fikiran pengarang (Othman Puteh;2000:57).
Ciri-Ciri Cerpen
•Jum perkataan- 500 hingga 20 000 pp.
•Jumlah cerpen 500 pp diistilahkan sebagai cerpen mini, manakala 20 000 pp sebagai cerpen panjang.
•Panjang cerpen yang disiarkan dalam majalah ialah sekitar 2000 hingga 2 500 pp dengan kepanjangan 10 - 12 halaman.
•Tema @ persoalan cerita hanya satu.
•Hanya satu plot sahaja iaitu plot utama dan tidak terdapat plot sampingan.
•Bil. watak terhad. Memadai satu hingga tiga watak yang dominan yang menghidupkan cerita. Gambaran watak dan perwatakan secara terperinci di sampaikan melalui dialog langsung mahupun penceritaan.
•Latar- singkat, terhad dan ruang cakupan yang tidak luas.
•Masa untuk sesuatu perjalanan cerita tidak lama. Beberapa jam atau sehari sahaja.
•Meninggalkan kesan kesatuan kesan garapan yang saling berkaitan
. •Cerpen bukan sekadar dilihat dari susuk fizikalnya namun unsur-unsur yang saling berkaitan yang membina struktur dalaman cerpen perlu diambil kira.
kebahagiaan
“Sayang sudah kubentang sejadah, bangun dan berwuduklah.”
“Along, Angah, adik bangun solat subuh!!”
Itu rutin Ayu setiap pagi mengejutkan anak-anak dan suami dari kembara mimpi supaya menunaikan solat subuh bersama-sama. Solat adalah tiang agama. Tanpa tiang maka runtuhlah sesebuah rumah atau bangunan dan sebagai umat islam dan menjadi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Melalui solat juga dapat berdoa kepada Allah. Melalui solat dapat memohon keampunan kepada Allah. Mendirikan solat itu wajib kepada setiap umat islam.
Syukur alhamdulilah. Selesai solat subuh bersama-sama, kami sekeluarga bersarapan dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Anak-anak dan suami mula melangkah membuka daun pintu, meninggalkan aku kesorangan kesepian di mahligai yang telah ku bina sejak 15 tahun yang lalu.
Aku menjalankan tanggungjawab seorang ibu dan sorang isteri tika mereka menjalankan tangungjawab meraka. Ya, anak-anak aku juga ada tanggungjawab, tanggungjawab menutut ilmu agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, tanggungjawab seorang suami dalam mencari rezeki yang halal untuk kebahagian keluarga. Moga tangungjawab ini mendapat keberkatan oleh Allah.
“Umie, minggu depan dah mula cuti sekolah, apa kata kita pergi melancong?”merungut Along. “melancong mana Along? Kan Along dah nak exam? Umie nak Along metelaah”.
“Ala umie, sekali sekala apa salah kita satu keluarga pergi meluangkan masa bersama-sama”.
“Ok nanti Umie bincang dengan abah”.
Along berlari keanak-anakan selepas umie dan abah bersetuju pergi melancong. Keluarga kami membuat persetujuan bersama untuk pergi melancong di Pulau Langkawi.
Alam sekolah kembali seperti biasa selepas seminggu cuti.
“ Abang balik awal ya malam ni. Mama nak Abang pergi beli barang dapur. Barang dapur dah kering”. “ Ok sayang, Abang balik awal. Oh lupa, malam ini kita makan malam kat luar ya. Bagitahu anak-anak semua. Dah lama kita tak makan dekat luar.”
Aku hanya membalas dengan seribu senyuman. Satu kucupan hinggap di dahi aku sebelum suami aku pergi mencari rezeki. Itu lah perkara yang wajib suami aku lakukan pada setiap pagi sebelum berangkat pergi kerja.
Ya Allah, sesungguhNYa Engkau maha pengasih, lagi maha penyayang, kekalkan hubungan kami ini hingga ke akhir hayat kami bersama anak-anak kami. Bisik hati Ayu.
“Abang ada berita gembira untuk kita semua. Abang dah dapat modal untuk besarkan lagi perniagaan kita ini.”
Dengan nada berbaur senyuman Abang menceritakan berita gembira. Syukur pada Mu Ya Allah kerana memberikan rezeki kepada Kami sekeluarga. Dari bawah kami mulakan perniagaan ini, dan setelah 5tahun berlalu, perniagaan kami dan semakin besar. Perniagaan kami di namakan Jeram Gemilang Enterprise.
Aku turut menolong suami aku. Namun tugas seorang ibu dan isteri tidak pernah aku abaikan. Aku membuka kedai berdekatan dengan rumah aku. Aku hanya menjual barang-barang runcit kepada pemborong. Manakala suami aku menjaja barang-barang menggunakan lori. Anak-anak turut membantu aku dan suami dalam melariskan perniagaan kami.
Hidup kami semakin sempurna dengan memiliki perniagaan sendiri. Setiap hujung minggu kami habiskan masa bersama untuk melancong. Dengan rezeki yang diberikan oleh Nya aku tidak pernah lupa untuk memberi pertolongan untuk keluarga aku yang masih perlukan pertolangan dalam bentuk wang mahupun barang keperluan dapur. Bagi aku, mereka perlu dibantu dan kemewahan ini tidak perlu dibanggakan kerana ia tidak akan kekal.
Hanya sumbangan ini yang dapat membantu mereka semua. Anak-anak aku tidak aku abaikan. Along aku hantarkan ke Kelas Tambahan berbayar. Manakala angah dan adik belajar kelas Iqraq supaya dapat memcara al-quran dengan lancar.
Kini, kehidupan semakin lengkap. Namun kami sekeluarga tidak pernah melupakan ibadat yang paling penting dalam kehidupan. Kedai akan tutup bila tiba watku solat. Kami membuat pinjaman lagi dengan bantuan bank.
Kami berurusan lagi dengan bantuan bank. Keuntungan perniagaan kami perlipat ganda. Kami membuat keputusan menukar kereta yang lebih besar memandangkan anak-anak semakin membesar.
Along dihadiahkan sebuah motosiakal atas kejayaan mendapat 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah.
“Abang hendak pergi mana?”
soal Ayu yang melihat suaminya mecapai gugusan anak kunci.
“hendak pergi memancing dengan kawan.”
“Ai,, sejak bila abang minat memancing ni? Merungut Ayu kepada suami nya”.
“Ala Abang dah janji dengan kawan hendak pergi memancing di Kolam petang ni.”
Kifli berlalu meninggalkan Ayu. Ayu melihat Kifli berlalu hingga kelibatnya hilang.
Kini Kifli banyak habiskan masa dengan memancing. Kifli sanggup membeli kelengkapan barang memancing hingga beribu-ribu. Duit mengalir bagaikan air. Tapi Kifli tidak perdulikan itu. Bagi Kifli memiliki brang brend satu kepuasan.
“ Abang! Kenapa dengan abang ni?”
membazir membeli barang memancing dengan harga yang sangat mahal ni?.” pembaziran adalah amalan syaitan. Seperti mana dalam surah Al-Isra’ 26 Janganlah kamu sekali-sekali berbuat boros.
Mentari senja semakin merah. Percikan bias cahaya meriak-riak kilau emas di celah-celah pucuk awan. Hampir sejam Ayu menunggu kepulangan Kifli.
“Ah, hampir senja begini baru abg balik?”
“kenapa kebelakangan ini abang selalu balik lambat?” “banyak sangat ke kerja?”
sebelum ini abang balik awal”.
Kifli berlalu pergi meninggalkan Ayu tanpa sebarang kata .
Kifli kini banyak habiskan masa memancing. Lepas solat isyak berjemaah Kilfli sudah bersiap sedia untuk pergi memancing. Ring ring ring bunyi loceng rumah berbunyi. Mengejutkan Ayu dari lena mimpi. Ayu bangun dan menjeling jam di dinding menunjukan pukul 5 pagi.
“Ya Allah, Abang baru balik”?
Kifli tidak menjawab pertanyaan Ayu. Kifli menghulurkan ikan kepada Ayu.
Azan dah berkemundang. Ayu mengejutkan Kifli namun Kifli tidak juga bangun memandangkan keletihan memancing. Beribu kali Ayu mengejutkan Kifli namun tidak diendahkan oleh Kifli. Ayu menunaikan solat jemaah bersama anak-anak. Hari ini Kifli tidak kerja. Mungkin di sebabkan oleh kerja persendirian membuatkan Kifli sesuka hati memoteng kerja.
Semakin lama, semakin menjadi-jadi sikap Kifli. Kifli mengabaikan tanggungjawab seorang suami. Kifli tidak lagi seperti dulu. Kifli banyak habiskan masa dengan hobi memancing. Ayu terpaksa memikul tanggungjawab untuk bekerja. Dengan hasil keuntungan menjual barang-barang runcit kepada orang kampung cukup untuk membayar hutang bank. Namun tunggakan bank semakin banyak.
“ Abang hendak duit”
“Abang hendak buat apa lagi dengan duit?
Kan semalam Ayu dan bagi kat Abang” soal Ayu
“jangan banyak soal boleh tak!”
Suara tekingan Kifli mengejutkan Ayu. Selama ini Kifli tidak pernah meninggi suara. Perubahan sikap Kifli semakin mendadak. Membuatkan Ayu tertekan dengan keadaan yang di alaminya. Ayu seola-oloh di pukau. Ayu mengerahkan segala barang emas kepada Kifli Apabila Kifli meminta dari Ayu. Termasuk barang emas anak-anak.
Kini surat bank bertalu-talu sampai minta supaya melunaskan segala hutang. Membuatkan Ayu tertekan. Jiwa Ayu tertekan. Dengan sejuta doa, dengan sejuta kata, dengan sejuta harapan Ayu momohon kepada Allah agar dapat menyelesaikan masalah ini.
“ hari ini Abang hendak pergi memancing di Pulau perhentian.
Malam nanti Abg balik”.
Ayu memandang dengan seribu pertanyaan melihat pakaian Kifli. Betul ke pergi memancing dengan pakaian segak. Mengomel Ayu dalam hati. Jam menunjukan 1 pagi. Namun batang hidung Kifli tidak juga kelihat. Membuatkan Ayu risau.
Ayu cuba menghubungi Kifli namun terdapat dalam talian. Ayu risau. Ayu resah. Ayu rimas. Ayu bimbang. Dengan keadaan Kifli. Malam itu Ayu tidak dapat tidur dengan lena. Dalam fikiran Ayu hanya Kifli.apakah yang sebenarnya terjadi kepda Kifli. Moga dijauhi dari segala malapetaka.
Masuk hari kedua Kifli tidak dapat juga dihubungi. Ayu mengambil keputusan untuk mencari Kifli. Memandangkan risau keadaan sebenar Kifli. Ayu mencapai anak kunci kereta. Ayu ditemani dengan ank sulongnya.
Ayu mencari kawan-kawan Kifli. Sebelum ini aku pernah mengikut Kifli datang ke rumah kawan-kawan yang hobi sama seperti Kifli. Ini memudahkan aku mencari rumah mereka. Mana tahu jika mereka dapat menolong aku. Aku hanya merendah jalan dengan tangisan bimbangkan suami. Banyak kali sesat mencari jalan rumah mereka.
Setelah berjam-jam akhirnya aku dapat megingati rumah mereka. Namun percarian aku sia-sia. Mereka tidak tahu. Mereka seolah-olah hendak lari dari pertanyaan aku. Tapi mengapa? Mereka seolah-oleh menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku. Aku cuba menghubungi kawan-kawan yang lain.
Namun panggilan aku tidak di jawab. Ya Allah apakah yang sebenarnya terjadi kepada Kifli. Moga Kifli berada dalam keadaan selamat. Air mata mengalir mebasahi pipi memandangkan terlalu risau kepada suami.
Ring ring ring panggilan telifon bimbit aku berbunyi.
“ saya boleh membantu Ayu mencari Kifli tapi dengar syarat jumpa dekat kedai Nasi Kandar Jerteh pada pukul 2.00 petang ini”.
Tut..tut..tut..Talian putus sebelum sempat aku menanyakan siapakah gerangan yang menelifon aku ini?
Meninggalkan aku seribu pertanyaan. Aku menggambil keputusan untuk berjumpa dengan gerangan tersebut demi mengetahui kedudukan Kifli yang sebenarnya.
Ping.. gelas jatuh dari gengaman aku saat mendengar cerita ini. Semua anak mata melihat kearah aku. Saat itu air mata membasahi pipi aku. Saat ini bermacam-macam perasaan membalut hati Ayu. Air mata bertamu lagi dibirai mata lalu mengalir laju membasahi pipinya.
Segera Ayu mengesat air mata yang membanjiri pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. Tanpa sepatah kata Ayu berlari menuju kearah perut kereta menuju kearah tempat yang di ceritakan oleh gerangan yang di kenali Alias. Menyedari air mata sering menitis di pipi, tiba-tiba dia terasa keseorangan didunia ini.
Ya Allah… kenapa sehebat ini dugaan yang kau berikan
padaku? Tertanggungkah aku, Ya Allah? Bibir matanya kembali terasa panas. Hiba dengan cerita Alias. Adakah cerita itu betul atau hanya rekaan semata-mata? Perlukah aku mepercayai orang yang aku tidak kenali. Namun hati aku tidak tenang. Aku perlu menyiasat situasi sebenar.
Ayu umpama kucing kehilangan anak. Mencari dan terus mencari. Dalam benak fikiran Ayu hanya wajah suami nya. Ayu hampir berputus asa. Namun Ayu ingin menjadi seperti Hawa. Seorang isteri yang sentiasa berdoa dan tidak mudah berputus ada untuk menjejaki Adam iaitu suaminya yang telah dipisahkan oleh Allah akibat melanggar perintah Allah. Allah telah menghukum Adam dan Hawa. Tetapi berkat doa mereka di pertemukan di Jabal Rahman. Ayu tidak putus-putus berdoa supaya dipertemukan semula dengan Kifli agar dapat mengetahui situasi sebenar.
JWF 1233. Beliak mata Ayu melihat nombor pendaftaran kereta milik Kifli di sebuah banglo. kereta pancuan empat roda milik Ayu berhenti bagai terkena renjatan elektrik. Mata Ayu masih melekat pada pancuan empat roda itu. Kereta itu tidak asing bagi Ayu. Meliar mata Ayu meneliti sekeliling kediaman itu. Sunyi sepi umpama tidak ada penghuni. Pintu pagar dikunci dengan mangga yang menandakan tidak ada penghuni. Seribu persoalan, seribu pertanyaan, belum terjawab yang bermain dalam benak fikiran Ayu.
Malam kian merangkak tua. Ayu menjeling jam. Jarum menunjukan hampir 4 jam mata Ayu mengawasi kediaman itu. Namun tiada kelibat yang kelihatan. Ayu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan anak-anak bersendirian.
“Umie, Abah pergi mana tak balik lagi?” soal angah kepada Ayu.
Ayu hanya membisu. Ayu tidak tahu hendak menerangkan bagaimana kepada anak-anak.
Tik tok tik tok. Jarum jam menunjukan 3 pagi. Ayu tersedar dari lena. Menjeling sebelah kiri. Namun kosong.
Ke manakah duhai sayangku menghilang? Apa yang harus aku lakukan?
Ayu memaksa mata untuk kembali tidur Ayu tidak dapat menyambung nikmat tidur dengan lena. Ayu bangkit dari tidur. Ayu teringat akan nasihat seorang ustak.
“Jika kita tidak tenang dan mengalami masalah bangun lah solat sunat dan baca Yassin pada dinahiri. Sesungguhnya itu lah waktu yang sesuai untuk memanjatkan doa”.
Lantas Ayu mengambil wuduk dan melaksanakan nasihat ustak itu. Hampir tiap-tiap malam Ayu melaksanakan bacaan Yassin dan solat sunat. Hati aku semakin tenang.
“Abang baru balik?
Abg pergi mana hampir 5 hari abang tidak pulang ke rumah.”
Tak kan bang dah lupa jalan pulang ke rumah kita?”
Soal Ayu bertubi-tubi melihat Kifli turun dari kereta.
“Pergi memancing kat pulau la. Kan abang dah bagitahu kat Ayu” jawab Kifli.
“Tapi kenapa Ayu cuba hubungi abang tidak dapat?”
“Oo,,sebab beteri hp mati” selamba Kifli menjawab.
“Ok kalu betul abang pergi memancing, bagaimana pula kereta abang boleh ada kat rumah Kampung Amir ?!”
lantang suara Ayu menunjukan tidak puas hati dengan jawabpan Kifli.
muka Kifli berubah. Kifli kelihatan gelisah.
“Arh!! Awak kenapa ha?! Abang dah la letih. Yang awak banyak soal tu kenapa?” meninggi suara Kifli. Tidak pernah Kifli meninggi suara dengan Ayu sebelum ini. Ayu terkejut. Air mata mengalir bagai hujan yang lebat tidak dapat di sekat. Kecewa dengan layanan Kifli. Saat itu air mata teman Ayu.
Malam itu Kifli tidur awal. Pertekaran petang tadi telah menyebabkan Kifli bermasam muka. Ayu masih keliru. Persoalan masih belum terjawab. Ayu merenung tubuh Kifli yang lena di buai mimpi. Memang di akui Kifli seorang lelaki yang segak memandangkan usia nya masih muda. Jarak umur aku dengan nya jauh. 4 tahun muda Kifli. Malam semakin larut. Unggas berlagu riang. Tapi aku tidak dapat menipu hati ini. Hati ini masih keliru. Masih nyaring lagi kata-kata Alias. Belum terjawab lagi apakah Alias benar atau hanya finah???
Kok kerek kok…bunyi ayam di berhampiran kediaman aku. Hari dah cerah. Semalaman Ayu tidak tidur memikirkan persoalan yang bermain dibenak fikiran nya.
“Abang nak keluar jap” berlalu Fikri meninggalkan Ayu dan anak-anak.
Ayu mengambil keputusan untuk mengekori Kifli untuk megetahui ke mana sebenar Kifli pergi selama ini. Tika saat itu Ayu hanya bertemankan anaknya Along. Bagi nya, Along adalah anak yang paling memahami perasaannya.
Bagai terhenti nyawa melihat pasangan itu. Melihat Kifli berdanginan dengan seorang perempuan muda, berpimpiran seperti pasangan kekasih. Mereka kelihatkan bahagia. Mereka gembira. Raut wajah melihat sinar kebahagiaan.
Bagai luruh hati beterbangan di tiup angin Ayu melihat aksi pasangan itu. Saat itu Ayu mampu menahan sebak didada. Namun gagal… gagal menggapai bintang dilangit. Arghh!!! Air mata luruh lagi, umpama air terjun yang setia mengalir mengikut arus. Kekecewaan mengerang hati. Ayu cuba menangkis kesedihan. Ayu cuba memunggah kekuatan diri. Tetapi kekusutan membaluti perasaanya. Ayu tidak kuat menghadapi situasi itu. Bagaimana hendak terima suami hakikat ini bahawa suami yang di sayangi berada dalam pelukan seorang wanita.
Pit!! Pit!! Pit!! Bunyi hon kereta Ayu mengejutkan pasangan itu yang leka bemesra. Kifli terkejut melihat isterinya yang berwajah garang. Umpama harimau menekam mangsa. Tercetus la pergaduhan antara Ayu dan Kifli di hadapan kekasih Ayu. Perempuan itu turut masuk campur. Bermula la pergaduhan antara Ayu dan perempuan itu.
“Ko dah tak ada orang lain ke ha!!? Suami aku juga yang ko kebas!!” betina gatal!!”sambil Ayu menarik rambut perempuan itu. Memandangkan perempuan itu tidak bertudung memudahkan Ayu menarik rambutnya. Mereka saling bergelutan di hadapan kediaman perempuan itu. “ wei Ayu, mu tu yang tak reti jaga suami. Suami mu yang terhegeh-hengeh mencari aku! aku dah kawin dengan dia. So aku juga berhak ke atasnya!!!”. Perempuan itu mula bertindak ganas. Menarik seledang yang di pakai oleh Ayu.
“Ayu!!!!!!” ko balik rumah sekarang juga!!!” burung di pokok beterbangan dengan bunyi hendikkan tinggi Kifli. Ayu terpana. Meraung dalam hati. Cuba untuk menahan air mata. Tapi gagal lagi. Seperti biasa air mata setia terjun membasahi pipi. Tergamak Abang menghalau Ayu. Tergamak Abang lebih membela pepempuan itu berbanding Ayu. Kemana hilang kasih sayang Abang untuk Ayu selama ini. Ayu pulang dengan air mata. Selama ini Ayu amat mempercayai Kifli. Inikah balasan Kifli terhadap nya. Kurang sempurnakan Ayu di mata Kifli?
Ayu langkah longlai. Ayu terpaksa berlalu meninggalkan kediaman itu. Perempuan itu kelihatan senyum bangga setelah Ayu di halau oleh Kifli. Badan Ayu terasa sakit. Mungkin di sebabkan pergelutan antara dia dengan perempuan itu. Sakit teramat sangat. Sakit di badan boleh nampak. Tetapi sakit dalam hati tidak siapa merasai.
Malam itu Kifli tidak pulang ke rumah. Ayu masih menagis. Along cuba memujuk hati ibunya tetapi gagal. Ayu tidak makan. Seleranya hilang. Peristiwa semalam masih terbayang-bayangew di benak fikirannya. Semalaman Ayu tidak tidur menunggu Kilfli pulang. Tapi batang hidung tidak kelihatan. Ayu perlu membuat perhintungan dengan Kifli. Ayu tidak sanggup terus di mainkan oleh Kifli. Anak-anak Ayu turut bersimpati dengan Ayu. Tetapi anak-anak tidak mampu memujuk hati ibunya yang terluka di sebabkan Kifli. Along cuba menghubungi Kifli tetapi tidak terdapat dalam talian. Along semakin benci dengan Kifli kerana Along tidak sanggup melihat ibu dia merana dan terus menangis. Semua ini akibat Kifli!!.
Kifli sampai di tempat yang dijanjikan dengan kawan Hanif.
Hanif yang telah bersedia dengan umpan tapa menunggu Kifli di kolam milik cikgu Mi. Mereka memulakan lotaran penuh semangat. Kifli yang tidak mahu membuang masa terus melontarkan umpannya.
"Nif" kifli memulakan bicaranya."Bagaimana dengan kekasih kau,sihat tak?
tanya Kifli.
"ehhhhh dia seperti biasa laaaa, seperti mana dengan laila ko, ada dia mesej tak" hanif mula memecahkan tembelang kifli.
"ni sebab aku ajak ko mancing ni. Ko kan tahu aku mana minat mancing,ni pun sbb nk bersms dengan dia lah ni heheheh" jawab kifli dengan ketawa.
"jangan kantoi dah la kifli,nahas ko kena kerja kat Ayu nanti. Ko bukannya tak tahu bini 2ko tu,belajar taekwando sampai black belt" mengingatkan itu kifli meneguk air liurnya beberapa kali.
"alahhhhhh berani buat berani tanggung laaaaaa hahahahahaaha" gelak mereka serentak.
Kifli mengingati pesanan kawan nya dulu semasa dia baru mengenali siapa laila. Tapi nasi dah menjadi bubur. Masa dah berlalu pergi. Laila kini menjadi isteri kedua Kifli.
Malam sudah bertukar ke dinihari. Sesekali kedengaran bunyi ayam jantan berkokok. Daun pintu di buka Kifli. tik tok tik tok jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ya Allah Abang baru balik? Bisik hati Ayu. Mereka masing-masing membisu. Ayu tidak menegur Kifli. Ayu masih terasa sakit hati. Kenapa Abang tidak meminta maaf pada Ayu? Kenapa Abang tidak menjelaskan hal sebenarnya kepada Ayu tentang wujud orang ketiga? Bisik hati Ayu lagi. Sama-sama ego membisu seribu bahasa.
“Abang, tergamak abang menduakan cinta Ayu. Inikah balasan abang terhadap Ayu. Dulu susah bersama. Bila kemewahan melimpah, abang melupakan Ayu” akhirya Ayu membuka bicara.
“Abang penat menggunung, Ayu pula banyak menyoal. Dah jodoh abang nak buat macam mana.” Jawab Kifli dengan nada tidak bersalah.
“Tapi bukan begini cara! Abang dah buat hati Ayu terluka dengan layanan abang!” soal Ayu yang menujukkan ketidak puasan hati. Tapi Kifli tidak mempedulikan bebelan Ayu. Seperti biasa air mata ayu setia membasahi pipi. Terkilan dengan layanan KIfli. Ayu seolah-olah tidak mengenali Kifli lagi. Kifli jauh berbeza dari dulu. Umpama langit dan bumi beza.
“Mulai sekarang abang nak Ayu dengar kata abang. Ayu jangan sesekali menhubungi isteri muda abang atau mengekori abang.” Jika Ayu melanggar perintah abang. Maka jatuh talak satu. Tegas arahan Kifli kepada Ayu. Arh!!!
Merintih hati Ayu saat mendengar perkataan talak. Sanggup abang memainkan perkataan itu. Jiwa meronta. Jiwa tertekan lagi. Ayu menangis teresak-esak di tinggalkan dengan arahan itu. Bagai petir menyambar hati dan perasannya. “ Kenapa abang rela meninggalkan amaran keras itu. Tidak fikir kah akibatnya. Amaran itu boleh meruntuhkan mahligai mereka!!”. Soal ayu bersama air mata yang tetap setia mendampingi pipi Ayu. ! Menangis, menangis dan menangis itu dan sebati dalam diri Ayu sejak mengatahui dia di madukan.
“Abang, nasi dah jadi bubur. Ayu cakap banyak pun dah tak guna. Cuma satu pinta Ayu agar adil dalam pembahagian kasih sayang”. Walaupun ada yang baru, yang lama jangan di lupakan. Anak-anak masih perlukan abang.” Rintih ayu kepada Kifli.
“Ok hal itu Ayu jangan bimbing. Tahu la Abang.” Selamba Kifli menjawab.
Ramadhan menjelma. Tak seperti tahun sebelum ini. Kami sekeluarga berbuka bersama-sama. Tapi tahun ini, aku dan anak-anak terpaksa membahagikan kasih. Tiap saat Ayu kesedihan. Semakin lama semakin jauh perhatian Kifli terhadap anak-anak. Kifli tidak menjalankan tangungjawab dengan adil. Kifli berat sebelah. Kifli lebih menghabiskan masa bersama isteri muda.
“Abang esok dah 1 syawal. Abang jangan lupa tu janji abang raya bersama. Lagipun petang, Ayu nak balik rumah mak. Rumah mak buat makan”. Pujuk Ayu pada Kifli.
“Ok abang ingat. Abang janji pagi esok abang balik rumah ni. Kita raya bersama anak-anak”.
Takbir raya bergema. Anak-anak keriangan memakai baju baru. Tahun ini keluarga kami memilih tema warna biru. Ting!! Bunyi jam mengejutkan Ayu yang leka merenung anak-anak riang memakai baju baru. Aku memandang jam. Jarum jam menunjukan pukul pagi. Masih belum kelihatan wajah suaminya. “Mana abang ni?” bisik hati Ayu.
“Mama jom la pergi masjid solat raya. Kawan-kawan Along semua dah ada kat sana. Cikgu Along penah berpesan bahawa dekat masjid la tempat umat islam berkumpul memohon kemaafan antara satu sama lain. Jom la mama. Dah lewat ni” pinta Along.
“Ok jom” jawab Ayu ringkas.
Ayu memandang daun pintu dengan harapan suaminya muncul. Namun hampa. Ayu cuba menghubungi Kifli namun tidak terdapat dalam talian. Ayu mula terasa sakit hati dengan Kilfi kerana Kifli tidak menepati janji. Ayu mula memasuki tubuh kereta bersama-anak. Dalam perjalanan Ayu melihat semua orang bersama keluarga menuju ke masjid. Tapi Ayu merasa kekurangan kerana ketua keluaga tidak ada di sisi. Selesai solat sunat raya aidilfitri aku terus mengajak anak-anak pulang. Risau jika Kifli pulang ke rumah menunggu mereka semua. “Masih bersisa-sisakah harapan Kifli pulang ke pangkuan keluarga mereka pada hari yang bermakna ini”. Bisik ayu kesorangan. Memang aku akui masih mengharapkan kepulangan Kifli. Semalam Kifli dah berjanji untuk pulang ke rumah untuk beraya bersama-sama. Jam menunujukan pukul 10.30 pagi. Ayu mula naik hantu dengan Kifli kerana tidak pulang-pulang lagi. Pagi itu anak-anak bising menanyakan papa mereka. Dalam hati ini mula menangis kerana tahun ini kali pertama aku merasakan tidak cukup sempurna tanpa Kifli. Aku cuba menahan sebak di dada namun, seperti biasa aku tidak dapat mengawal perasaan sedih aku apabila aku di sisihkan oleh suami. Kifli lebih memilih isteri muda untuk bersama hari raya. Berbanding anak-anak dan Ayu.
Aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah mak bersama-sama anak-anak. Tiba di rumah sanak-saudara mula mejeling kenderaan aku seperti mahu membilang berapa orang yamg akan turut dari tubuh kereta itu. Adakah ada kekurangan atau tidak. Seperti jangkaan mereka, Kifli tidak dapat pulang bersama kami. mereka dan jangka bahawa Kifli akan bersama isteri muda. Sanak-saudara mula bernisik antara satu sama lain. Aku mengerti bahawa mereka mengatakan bahawa aku terpaksa beraya bersama anak-anak tanpa isteri. Arh!!! Meraung Ayu dalam hati. Ayu langkah longlai menuju ke ruang dapur. Merenung kosong. Emak perasan dengan sikap aku. Emak memesan kepada aku supaya bersabar tapi aku tidak dapat bersabar lagi dengan Kifli.
Aku membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah dengan harapan kifli datang menjemput aku di rumah emak. Dah 4 hari aku di rumah emak. Aku tenang di sini bersama sanak saudara yang lebih memahami aku. Meraka lah yang menghiburkan hati aku ini. Tapi dalam hati paling dalam aku masih sakit hati dengan Kifli yang tidak datang meminta maaf atas kesilapanmelanggar janji.
“Nak, dah empat hari kau di sini” emak mula berbicara.
Ayu hanya mendiamkan diri memandang kosong ke hadapan. “ mak bukan apa, tidak baik tau meninggalkan suami. Berdosa tau. Syurga itu di bawah tapak kaki suami”. Berdosa? Apa dosa aku? Aku hanya berdiam diri di rumah ibu. Bukan bermain cinta dengan oaring lain. “ soal Ayu dalam hati sendiri. Membiarkan emak tanpa balasan kata dari aku.
Hari ini aku membuat keputusan untuk pulang ke rumah memikirkan nasihat emak semalam. Betul kata emak. Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Aku inginkan syurga. Aku tidak mahu jadi isteri yang derhaka kepada suami. Aku pulang dengan niat ingin memohon kemaafan dari Kifli kerana meninggalkan Kifli dengan harapan Kifli memaafkan kesilapan aku. Dari jauh aku lihat kenderaan kifli di hadapan rumah. Bermakna Kifli ada dalam rumah. Hati aku berdebar-debar untuk masuk ke dalam rumah. Anak-anak mula mengangkat barang dalam kereta untuk di masukan ke dalam rumah. Sebelum bertolak balik dari rumah emak, emak banyak bekalkan dengan ketupat, lemang, taper, dan biskut-biskut raya. Kata emak kirim untuk menantu. Aku mula melangkah turun dari kereta. Tiba di pintu pagar rumah aku, aku terpadang sepasang kasut tumit tinggi di depan pintu rumah. Hati mula bertanya-tanya milik siapa kasut itu. “Setahu aku itu bukan kasut anak-anak aku dan bukan juga kasut aku. aku tidak pernah lihat kasut itu”. Bisik Ayu sendiri. Ayu masih tercegak di halaman rumah. Merenung siapakah pemilik kasut itu. Ayu masuk ke dalam rumah. Ayu melihat Kifli sedang berehat di ruang tamu. Ayu mula manghampiri Kifli. saat itu anak-anak dah mula menjeling aku terutama along. Aku menayakan kasut siapa di hadapan rumah itu. Namun Kifli diam seribu bahasa. Aku menjeling ke ruang dapur. Alangkah terkejutnya aku melihat kelibat perempuan muda yang keluar dari dapur menuju ke ruang kamar aku.
“Abang!!! Begini rupa sikap abang. Dah la abang mungkir janji. Abang tidak pulang ke rumah mak. Abang off hp. Bila abang tahu Ayu tak ada kat rumah. Abang suka-suka hati bawa pulang bini abang kat sini tanpa pengetahun Ayu? Itu bilik Ayu kenapa Abang bawa masuk bini abang ha!!? ” Suara ayu meninggi. Kifli hanya tunduk mendiamkan diri. Ayu semakin meracau dengan sikap Kifli. Sikap marah Ayu menusuk dalam diri Ayu hingga Ayu tidak dapat mengawal perasaan marah Ayu terhadap Kifli. Ayu mula menolak-nolak bahu KIfli yang mendiamkan diri seribu bahasa. Air mati mula membasahi pipi. Terasa sedih apabila di singkirkan dari perhatian suami. Kifli tetap berdiam diri walaupun melihat Ayu menangis teresak-esak. Syaitan mula merasuk Ayu. Ayu tidak dapat menahan diri lagi. Ayu bangkit menuju ke ruang kamar. Tetapi di haling oleh Kifli.
Ayu mula menepik dengan longrat kelantan. “Lepaskan aku!! aku nak ajar budak betina itu, tak cukup rampas tok laki orang nak bermaharajalela di rumah aku!! ini hasil titik peluh aku selami ini. Betina itu tidak berhak untuk menjejaki ruang rumah ini tanpa izin aku!! syaitan mula merasuk Ayu. Aku tidak kira, aku nak ajar budak hinggusan itu baru 22 tahun dah gatal dengan laki orang. Matang nampak jantan kaya, segak, berkereta mewah, mula la gatal hingga menggunakan ilmu guna-guna’’. Akhirnya suami aku di kawal oleh ilmu guna-guna. Semua itu aku tahu. Aku dah jumpa dengan satu botol kecil di baluti dengan kain warna kuning, seakan-akan anak patung yang di ikat dan di kelilingi kain kuning di dalamnya. Perempuan itu menggunakan cara halus memikat Kifli sehinnga Kifli mengikut segala arahannya”. Ayu menabur kata pada Kifli. sepantas kilat satu tamparan melekat di pipi Ayu. Pinggg!!!! Anak-anak menjadi saksi kejadian. Isteri muda Ayu mingirimkan senyuman sinis dari jauh. Air mata semakin deras saat itu. Tidak pernah Kifli naik tangan kepada Ayu. Hari ini di bulan syawal, Kifli sanggup melayangkan tamparan itu di pipi aku.
“Ayu mulai hari ni abang ceraikan Ayu dengan talak satu!” tegas Kfili kepada Ayu.
Setitis air matanya yang gugur ke bumi telah menjadi selautan kaca yang harus direnangi. Inikah pengakhiranya? Pengakhiran yang menghiris jiwa. Tidak tahu ke mana hati ingin dibawa. Tidak tahu ke mana diri ingin dilarikan. kiri kanan jalannya penuh berduri. Aku ibarat sampah hanyut terbuang. Aku amat hina diperlakukan oleh KIfli. Kasih sayang hanya sementara. Kasih datang tanpa paksaan, datang tanpa undang, tetapi pergi tanpa kerelaan...
Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Memang benar, sekali air bah, sekali pasir berubah. Pantai dan sungai lagikan berubah, inikan pula hati orang. Ketika kau lafazkan talak aku cuba terima dengan hati yang rehda. Dan aku tahu sejak itu gelora hidup telah bermula. Setelah 20 tahun membina masjid bersama, menjaga dengan penuh kasih sayang. Akhirnya musnah di medan pertarungan. Kasih sayang hancur berkecai bagai buih samudera yang terdampai di persisiran pantai yang meninggalkan calar luka. Tangisan yang tidak bisa dibendung lagi. Kekuatan hampir lupuh namun aku gagahi jua. aku tahu dan sedar status aku sekarang. aku bukan isteri Kifli lagi. Ayu tidak sanggup lagi untuk melihat isteri muda Kifli yang senyum melihat aku sengsara. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah mak. Aku bangun dengan melangakh menuju ke ruang kamar dengan tujuan untuk mengambil seuma pakaian aku di dalam almari. Tetapi di halang oleh Kifli.
“ Aku tidak izin kau sentuh barang-barang dalam rumah ini!!!” arah Kifli. ya Allah. aku bagai nak pengsan saat itu. Dah la jatuh tangga, terhatuk pula. Apa la nasib aku ini. Bisik Ayu sendiri. Ayu di halau sehelai sepunggung. Turun dari rumah tanpa sebarang barang. Sedangakan itu barang satu percarian. Aku di halang mengambil hak-hak itu. Kifli sangat kejam. Tidak ingin membahagikan harta secarian sama rata. Ayu tidak kuat untuk melawan. Ayu berlari dengan tangisan memandu kereta menuju ke pantai. Kereta yang di pandu Ayu hampir melanggar mak cik yang sedang berjalan melintas jalan. Nasib baik Along mengejutkan aku. Aku tidak dapat menumpukan sepenuhnya semasa memandu. Perkataan cerai masih nyaring di ruang telinga Ayu.
“Arghhhhh!!!!” aku cuba meluahkan kesengsaraan aku di tepi pantai. Hari hampir menyusur menggantikan perubahan. Dari cerah ke malam. Berjam-jam Ayu di pantai. Menangis dan terus menangis. Isteri muda KIfli sunnguh licik. Mula-mula merampas Kifli, kini semua harta jatuh ke tanggannya. Bagai mengangkat kaki masuk ke dalam rumah yang di penuhi barang-barang aku. arghhh!!!! Perempuan duitan!! Selama ini aku yang bersusah payah kau senang masuk dengan melagang dan goyang kaki hingga semua berubah milik.
Seminggu Ayu berdiam diri. Tapi bagi Ayu itu tidak kesudahan. Ayu mula bangkit ingin buktikan bahawa dia boleh hidup walaupun di buang seperti sampah. Aku bermula dari bawah. Aku membuat keputusan untuk bekerja untuk menampung kehidupan aku ini. Dari sini la bermula pencarian rezeki. Tanpa pertolongan aku meyewa sebuah rumah yang berhampiran tempat kerja aku. sedih aku memadangkan rumah yang kosong tanpa kelengkapan keperluan. Gaji pertama, aku membeli barang keperluan dapur. Bagi aku itu paling penting untuk permulaan ini. Sanak saudara datang ke rumah aku. melihat aku yang tidur hanya brsandarkan dengan satu bantal dan tikar. Rumah kelihatan luas tanpa keperluan perabut atau perhiasan rumah. sanak saudara terpaksa duduk di atas lantai. Dalam hati aku sedih dan menangis kerana terpaksa melalui saat begini. Tapi senyuman sentiasa terukir.
Kini 3 tahun berlalu. Aku dah berjaya membina kehidupan aku. aku dah buktikan bahawa aku mampu hidup.Aku tetap mampu bina kehidupan. Dari bawah aku mula hingga aku dapat mencapai apa yang aku inginkan. Ruang rumah sudah terisi dengan kelengkapan perabot. Jika dulu aku hanya berjalan kaki, kini aku mampu membeli kenderaan sendiri. Anak-anak mampu aku memberi makan dan minum. Kadang-kadang aku berfikir, kemewahan tidak menjamin kebahagian. Penderitaan hari ini, tidak semestinya kita akan menderita untuk selamanya.